Pemandangan waktu senja di pantai sememangnya menjadi pilihanku untuk menghabiskan masa. Bunyi burung-burung berkicauan kembali ke sarang mencetuskan lagi suasana harmoni di tepi pantai. Kami terpaku melihat indahnya ciptaan Allah S.W.T. Sambil mengunyah makanan yang telah kami bawa, kami lebih banyak menghabiskan masa menghayati keindahan pemandangan serta menikmati angin yang memukul tubuh berbanding berborak antara satu sama lain. Otak yang bekerja 24 jam sehari berasa lapang seketika. Terasa hilang sebentar soal duniawi yang tidak henti-henti mengejar kami. Namun begitu, tatkala senja mula tenggelam dek malam, suasana yang damai tadi mula berubah. Lantas aku terbayang bahawa kehidupan ada pasang surut. Tidak selamanya kita berasa kecewa ada masanya tuhan menggantikan kekecewaan dengan perkara yang jauh lebih baik dan begitulah seterusnya. Putaran kehidupan.
Selasa, 15 November 2022
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dia Yang Hadir Dalam Mimpiku
Banyak kali juga dia hadir dalam mimpiku. Hadirnya dia sering tamsilan membawa alamat bakal terjadi sesuatu yang buruk kepadaku. Di bawah po...
-
Bulan adakalanya timbul pada waktu siang dan malam. Namun begitu, kewujudannya pada waktu siang tidak begitu menyerlah di kaca mata manusia....
-
Kitab ini seringkali aku terlupa untuk membacanya. Kadang-kadang setiap kali aku bertanya khabar kedua-dua ibu bapaku di kampung melalui tel...
-
Seringkali aku terleka dalam hidupku. Walaupun aku hanyalah capal yang hina kepadaNya namun aku yakin dia tak pernah melupakanku. Aku pernah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan